Sunday, January 23, 2011

RAHSIA HATI ELFA' EINN -1ST CHAPTER-




NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 1- " Lupakanlah dia Elfa'einn, lupakanlah dia.. sudah berapa lama kau menunggunya!..."

SEBAHAGIAN HATIKU berseru begitu manakah sebahagian hatiku lagi mempertahankan cintaku kepadanya. Melupakan si dia merupakan suatu perkara yang amat mustahil bagiku kerana dia sudah sebati dengan diriku sejak dua tahun yang lalu. Ya, dialah yang aku maksudkan sebagai kenangan terindah yang pernah aku alami sepanjang zaman remajaku. Dia juga cinta monyetku dan juga kekasih gelapku, walaupun "ONE-SIDED LOVED" aku ini boleh juga diibaratkan kekasih gelapnya atau apa sahaja perkataan yang semaksud dengannya.

Suatu ketika dahulu, usikan teman-teman selalu buat aku seperti bermimpi.. betapa indahnya "percintaan itu" padaku. Itulah panahan arjuna daripada si dia.. cinta rahsia yang aku pendam dalam hati selama dua tahun. Indahnya waktu itu. Namun segalanya jauh berubah kini, bila dia jauh aku selalu rindu tapi bila dia dekat aku terpaksa berlakon kerana takut rahsiaku terbongkar. Dia jauh nun disana, dipisahkan denganku oleh bandaraya yang sibuk. Aku pula di sini sedang ditimbuni kerja-kerja sekolah yang sangat memenatkan. Jadual hidup kami sudah berubah. Kami tidak punya banyak masa untuk bersama. Bila jumpa.. aku hanya mampu menunjuk wajah yang riang kepadanya walaupun sebaliknya di lubuk hatiku menyimpan sebuah rahsia. Rahsia cintaku kepadanya. Lantaran hubungan kami mula berenggang..

Tapi kenapa rasa sayang tak pernah berkurang, langsung tidak terusik? Kadang-kadang aku sendiri tidak faham kenapa aku masih lagi menunggunya.. Aku masih sudi berbual dengannya berjam-jam di telefon dan juga "sms". Inilah yang dikatakan derita tapi bahagia.. benarkah itu?

Mungkin kerana kiblatku hanya satu dalam soal ini dan aku sangat pasti dengan logik dan fitrah ini: Si dia, aku dan sesiapa jua di muka bumi ini bukanlah manusia sempurna. Dia ada kelemahan namun dia  juga diberi kelebihan. Begitu juga aku. Aku cuba menjadi orang yang bertoleransi dengan apa jua keadaan, aku masih mahu jadi perempuan baik-baik.. aku juga tahu bahawa kalau jodoh tidak ke mana. Dan atas dasar itu, aku masih lagi Elfa'einn yang setia, yang berpegang kepada janjiku dahulu... tetapi siapalah aku untuk memaksa cinta ini, "go steady with him?" atau  biarkan cinta ini pupus begitu sahaja bila waktu berlalu.. aku sendiri tak tahu..

Aku bukan perigi cari timba. Aku masih tebal dengan rasa malu. Aku perempuan Melayu yang ada harga diri, aku tak mahu terhegeh-hegeh menagih kasih andai dia sudah tak sudi. Dan kalaupun dia benar, si dia tidak pernah mempunyai perasaan cinta kepadaku, biarlah dia sahaja yang memberi kata putus kepada berhubungan kita ini. Dia yang memulakan dengan menunjukkan betapa dia "CARE" kepadaku. Jadi biar dia sahaja yang letak noktahnya.


No comments:

Post a Comment