Monday, January 24, 2011

RAHSIA HATI ELFA' EINN -2ND CHAPTER-



NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 2- " Kenapa kau tidak sedar bahawa sebenarnya aku yang sungguh menyintaimu berada betul-betul di hadapan mu.. Kenapa?? "

Aku sering mengelamun apabila keluar bersama Santrina sahabat karibku, aku seperti tidak boleh focus apabila aku belajar di sekolah. Ini bukan gila bayang tetapi ini ialah sebenarnya-benarnya apa yang terjadi padaku setelah dia berjauhan denganku. Santrina selalu membebel apabila aku tidak melayan karenah dia yang kecoh itu. Haiz... langsung hilang "MOOD" aku untuk bersembang kosong,"HAVING FUN" dan juga lain-lain lagi. Sudah beberapa kali aku dihadapkan dengan kes yang serupa, tidak lain dan tidak bukan: Si dia "IGNORE" aku.. Hmm.. mungkin bukan dia  sengaja memperlakukannya, tetapi "WHO KNOWS" dia sebenarnya cuba menjauhkan dirinya daripada aku. Si dia pun sama, bukannya mahu membalas "sms" aku. Sejak kebelakangan ini dia selalu memberi alasan apabila aku mengajaknya keluar, aku terpaksa menebalkan muka apabila aku menghubunginya. Malu sungguh!

Kalau nak dikatakan aku ini serba kekurangan, YA benar. Aku akui bahawa aku ini memang tidak sempurna. Aku hanya sekadar gadis biasa yang terikat dengan batas-batas budaya Melayu, apatah lagi dengan asuhan ibu bapaku yang boleh tahan ilmu agamanya menjadikan aku seorang perempuan yang ada banyak larangan. Perempuan lain boleh sarung apa sahaja di badan mereka. Ibu bapa mereka tak kisah kalau mereka memakai baju tanpa lengan ataupun juga bising kalau mereka pulang lewat malam. Berbeza sekali dengan aku, bajuku semua harus labuh dan gedoboh kerana aku sendiri tidak suka kepada baju yang menampakkan bentuk badanku. Mama sentiasa membelikan aku baju-baju yang besar untuk aku memakainya. 

Hmph.. Cemburu pula aku melihat gadis lain mendekatinya dengan gedik dan manja. Seperti mahu muntah darah apabila sepasang mata ini melihat si dia bersama gadis lain berdua-duaan. Aku pun tidak pernah mendaratkan apa-apa anggota badanku kepada si dia. Mungkin dulu, tetapi sejak aku berjilbab aku membataskan diriku untuk bersentuhan dengannya. Mama selalu pesan, apabila nafsu sudah mula diberi tapak, nanti dia akan menjadi raja. Mama selalu berkias mengingatkan aku tentang perkara itu. Betul kata Mama tu. Kadang-kadang syaitan sentiasa menghasut.. rapatkanlah diri kau dengan si dia, biar nampak "LOVING" sikit. Tipulah kalau aku kata tak pegang tu memang tak ada kerana aku akur dengan batas-batas hubungan ini, "SAVE THE BEST FOR THE LAST".

"Hmm.. lantak dialah nak keluar dengan siapa yang dia mahu Ina, bukan urusan aku. Lagipun si dia bukan kekasih aku yang aku perlu khuatir. Aku bukan siapa-siapa padanya," beritahuku pada Santrina untuk ke sekian kalinya. Aku malu hendak mengaku yang aku ini teman istimewanya. Keadaan menjadi petunjuk bahawa aku tidak lagi istimewa di matanya. Sering sahaja terbit alasan yang mengundang kami untuk berjauhan.


No comments:

Post a Comment