Monday, January 24, 2011

RAHSIA HATI ELFA' EINN -5TH CHAPTER-

                   


NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 5- " Kalau serius, kata serius.. kalau kawan aje, cakap terus terang. "

"Oitt.. sudah-sudahlah tu "ADJUST PARKING" Kereta pinjam ke? Kalau sampai tercium kereta jiran aku tu, siap kau. Bongok punya orang.. parking sempit pun nak masuk jugak," marahku dengan suara yang aku tahankan. Bukan orang itu dengar pun! "Kau ni marah dengan siapa?" "Tu hah.. mangkuk ayun dekat "CARPARK" tu, sikit lagi nak tercium bumper kereta jiran aku. Dari tadi ke depan, ke belakang "ADJUST PARKING.." "Dia cium, dia bayarlah. Kereta dia mahal tu, Harrier ke Lexus tu? Huuuhh... mamat tu nampak macam lelaki baik-baik aje Elfa.." kata Santrina apabila seorang lelaki keluar dari pintu pemandu kereta putih itu. Dia pakai topi, tidak nampak jelas mukanya. Aku sempat terjatuhkan tin air soda aku yang kosong daripada tingkat tujuh rumahku dan menyebabkan lelaki itu terkejut di bawah.

"Entah.. aku bukannya reti sangat pasal kereta nie, aku tahu menonton F1 di telivisyen sahaja. Tapi kan Ina.. mentang-mentang kereta orang tu mahal kau janganlah rambang mata sangat? Kau ingat mamat tu orang kaya ke Ina? Entah-entah dia tu salesman kereta aje.." Kendur terus muka Santrina, termakan juga kata-kataku. Benar bukan, tak semua yang memandu kereta mewah, tuan punya kereta itu. Masih ada peratusan bahawa mereka itu hanya jurujual sahaja.

"Ahh.. tutup cerita "SALESMAN" tu lah. Sambung balik cerita pasal Si dia ni, kau tanyalah dia Elfa, jangan buat kau macam ini. Kalau serius, kata serius.. kalau kawan aje, cakap terus terang. Lagipun aku tengok kau tak pernah suka dengan orang lain selain dari Si dia. Kalau tak pun kau suka "WASH EYE" sahaja. Mana pernah kau bercinta dengan lelaki lain selain dia kan? "Kau cakaplah dengan Si dia baik-baik, janganlah buat kau menunggunya seperti buah yang tak jatuh dari pokok, nanti kau juga yang rugi Elfa..." sambung Santrina lagi.

Kalau Si dia suka akan perempuan lain, biarlah dia pilih perempuan itu. Biar dia pilih perempuan itu sekarang daripada bila aku "STEADY" dengan dia nanti dia  nakkan perempuan itu pulak. Masak aku! Aku doakan dia bahagia sahaja. Berlambak lelaki di muka bumi ini, merata alam ada makhluk spesies ini.. hanya perlu berhati-hati memilih mereka, takut tersuka pada "MATAIR" orang pulak!
Minta dijauhkan daripada aku, kalau ada jodohku biarlah yang "SINGLE". Aku tak sanggup melukai hati perempuan lain! Tolonglah!

"Dah.. dah.. Banyak songeh lah kau nie Ina, yang kau dengan SI polan tu kenapa putus? Sibukkan aku dengan Si dia yang tak nyata hujung pangkal ini pulak.." "Hahaha.. Si polan tu gilalah Elfa, ada ke patut dia paksa aku jumpa dia walaupun aku sudah cakap aku ini sibuk. Tak mahulah aku lelaki paksa-paksa aku.. Tak malu betul orang lelaki zaman sekarang ni.." Alahai.. sebab tu kau putus dengan Si polan tu rupanya. SI polan tu pasti setia dengan kau walaupun kau ni bukan cinta pertama dia. "Yang kau pun satu, asyik sibuk aje apasal? Kau belajar dua puluh empat jam dekat rumah eh Ina?" "Alah Elfa kau bukan tak tahu mak aku tu.. Asyik memekak aje kalau aku dapat markah cukup-cukup makan. Itulah sebabnya aku tak boleh jumpe Si polan tu selalu," jawab Santrina sambil tersengih. Lah... takut mak rupanya kau.. Haha kekek lah kau nie Ina!

"Kau tu yang patut rasa rugi lepaskan Si polan tu, dialah manusia yang paling baik hati. Sudahlah kacak pandai pulak tu. Ina.. manalah tahu dalam masa lima tahun dia dapat sarjana dalam bidang yang dia ambil itu ke... siapa tahu kan? Lagipun Ina, orang Boyan macam Si polan tu penyayang tau. Perempuan mudah melekat dan jatuh hati padanya. Kalau kau tak mahu, baik kau bagi aku nombor telefon Si polan tu.. biar aku saja jadi "STEADY GIRLFRIEND " dia," sakatku pula.

"Ngada-ngadalah kau, Elfa. Jangan cari pasal..." marah Santrina. Sayang lagi rupanya .. Ingatkan sudah tak mahu pada Si polan tu. Ina, Ina... tapi, sekurang-kurangnya Ina tahu Si polan tu sayangkan dia. Si polan tu pun tahu bahawa Ina masih sayangkan dia. Aku dengan Si dia ni macam mana? Takkan aku nak paksa Si dia tu, suruh dia mengaku yang dia sukakan aku? Lagipun Si dia pun sudah pandai memberi seribu satu alasan kepada soalan yand ditanyakan kepadanya. Isyarat hati selalu mengatakan bahawa aku tidak pernah istimewa bagi Si dia..

No comments:

Post a Comment