Sunday, January 30, 2011

RAHSIA HATI ELFA' EINN -7TH CHAPTER-


NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia


-CHAPTER 7- “Kau pergi dariku, aku jadi gila”

Benar juga sangkaan aku, Si dia tidak menepati janjinya. Aku mengerti bahawa dia sibuk tetapi pada aku kalau tak boleh tepati janji , jangan berjanji. Hari demi hari aku setai menunggu kiriman “sms”dan panggilan telefonnya, tetapi satu habuk pun tak ada. Kosong.. “Zero”… Haiz…. Seminit bagai setahun menunggunya, aku mula rasa kehilangan. Selama ini aku menipu diri ku sendiri kerana meletakkkan harapan yang tinggi kepadanya, inilah akibatnya.

Disebabkan itu, aku menjadi tidak tentu arah. Aku cepat meradang dan juga hilang perhatian di sekolah. Apabila di rumah pula, aku makan tak lalu, tidak tak lena dan mandi pun tak basah. Aku mengerjakan kerja-kerja rumah yang lasak. Padaku, hanya itu sahaja yang bolehmenghilangkan rasa tertekan aku. Bukan itu sahaja, sebenarnya baru-baru ini aku juga baru kehilangan satu lagi insan yang aku sayangi. Pakcik kesayanganku baru sahaja kembali pada tanggal 6hb Januari yang lalu. Apa lagi rasa kehilangan itu pun mula melipat ganda.

to be continued...... keep on waiting ya..

Tuesday, January 25, 2011

RAHSIA HATI ELFA' EINN -6TH CHAPTER-

NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 6- "Tak ku sangka, tak ku duga " 

Hampir satu bulan-tiga belas hari aku tidak bertemu samanya. Hmm.. Bagaimana agaknya rupanya sekarang ya? Kali terakhir aku berjumpa samanya ialah waktu aku menghantarnya untuk menjalani perkhidmatan negara. Rindu sungguh aku kepadanya. Aku sebenarnya sayang pada Si dia tetapi kadang-kadang perasaanku selalu bercampur aduk. Aku selesa bersamanya dan kami sudah seperti adik beradik. Memang pun aku panggil Si dia "Bro". Aku hanya berani mengaku yang aku sayangkan Si dia sebagai seorang abang sahaja. Pada pendapat aku kalau dia tidak sukakan aku pun, aku tak kisah kerana aku tidak perlukan semua itu. Aku cuma mahu akrab bersamanya. Haizzz.... Duniawi ini tidak seindah yang disangkakan. Aku mengelamun terus ditenggelami malam yang gelap-gelita ini.

"Kringggg..kringggg..." Tiba-tiba bunyi deringan telefon bimbitku. Hairan. Siapalah yang telefon aku malam-malam buta ini. Aku terus bangkit dari katil dan bergegas ke tempat aku meletakkan beg sekolahku lalu mengeluarkan telefon bimbitku yang masih berdering itu. Mataku seperti tidak percaya apa yang terpampang di SCREEN" telefon bimbitku, aku tersenyum lalu mengangkatnya. "Hello.. E'innnnn! I miss you like crazy Bro!," jeritku apabila aku dapat panggilan daripada Si dia. "Aww...I miss all of you too!" jawabnya dengan tenang. "Miss you all? Alah.. aku ingatkan dia miss aku aje," bisikku dalam hati. "Haha..kita semua miss you Bro.. So macam mana makanan dekat sana? ok? Training?" tanyaku selamba. "Alhamdullilah, semuanya ok-oklah. Taklah teruk sangat," jawabnya. "Oh.. syukurlah kalau macam gitu. Eh bro, cakap-cakap kenapa you call i? You free ke? Bukannya you dekat dalam camp?" tanyaku hairan. "Oh.. sebenarnya i tengah free, dah lights out pun.. eh jom conference dengan Ina sekali?" ujarnya dengan penuh semangat. Dengan tidak membuang masa lagi, aku pun mengirimkan "sms" kepada Santrina supaya dia boleh menghubungiku.

Hmmm... lega rasanya dapat berbual dengan Si dia semula, sepertinya terubat rinduku kepadanya apabila aku mendengar suaranya. Merdu, manis... ohhh.. sungguh "PERFECT" sekali. Potong steam sahaja apabila dia mahu "CONFERENCE" dengan Ina sekali. Sementara menunggu Santrina menelefonku, kami berbual-bual kosong sahaja. Macam-macam karenahnya, hingga boleh membuatku ketawa besar. Beberapa minit kemudian Santrina pun menelefonku, bertambah kecoh lagilah apabila "THE TRIO SIBLINGS" disatukan. Berdekah-dekah kami ketawa apabila Si dia menceritakan pengalaman perkhidmatan negaranya. Perbualan kami diteruskan dengan penuh rasa riang dan ceria.

Hampir dua jam kami bersembang di telefon, tanganku sudah mula lenguh dan mataku sudah kuyu lalu berair kerana rasa ngantuk yang teramat sekali. Berat rasa hati untuk meletakkan telefon sekarang tapi apalah daya kerana secara kebetulan Si dia pun harus meletakkan telefon sebab keesokkan harinya dia perlu bangun awal untuk latihan. Santrina dan aku juga harus bangun awal untuk berangkat ke sekolah. Jadi kami terpaksalah berpisah lagi buat sementara waktu, Si dia sudah berjanji bahawa kalau dia ada masa lapang dia akan hubungi kami lagi. Hmmm entah dia tepati janjinya ke tidak itu nanti.. Tetapi walau apa pun aku tetap rasa bahagia dan gembira sangat-sangat sampai tiada kata-kata yang boleh menjelaskan kebahagian itu..

Monday, January 24, 2011

RAHSIA HATI ELFA' EINN -5TH CHAPTER-

                   


NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 5- " Kalau serius, kata serius.. kalau kawan aje, cakap terus terang. "

"Oitt.. sudah-sudahlah tu "ADJUST PARKING" Kereta pinjam ke? Kalau sampai tercium kereta jiran aku tu, siap kau. Bongok punya orang.. parking sempit pun nak masuk jugak," marahku dengan suara yang aku tahankan. Bukan orang itu dengar pun! "Kau ni marah dengan siapa?" "Tu hah.. mangkuk ayun dekat "CARPARK" tu, sikit lagi nak tercium bumper kereta jiran aku. Dari tadi ke depan, ke belakang "ADJUST PARKING.." "Dia cium, dia bayarlah. Kereta dia mahal tu, Harrier ke Lexus tu? Huuuhh... mamat tu nampak macam lelaki baik-baik aje Elfa.." kata Santrina apabila seorang lelaki keluar dari pintu pemandu kereta putih itu. Dia pakai topi, tidak nampak jelas mukanya. Aku sempat terjatuhkan tin air soda aku yang kosong daripada tingkat tujuh rumahku dan menyebabkan lelaki itu terkejut di bawah.

"Entah.. aku bukannya reti sangat pasal kereta nie, aku tahu menonton F1 di telivisyen sahaja. Tapi kan Ina.. mentang-mentang kereta orang tu mahal kau janganlah rambang mata sangat? Kau ingat mamat tu orang kaya ke Ina? Entah-entah dia tu salesman kereta aje.." Kendur terus muka Santrina, termakan juga kata-kataku. Benar bukan, tak semua yang memandu kereta mewah, tuan punya kereta itu. Masih ada peratusan bahawa mereka itu hanya jurujual sahaja.

"Ahh.. tutup cerita "SALESMAN" tu lah. Sambung balik cerita pasal Si dia ni, kau tanyalah dia Elfa, jangan buat kau macam ini. Kalau serius, kata serius.. kalau kawan aje, cakap terus terang. Lagipun aku tengok kau tak pernah suka dengan orang lain selain dari Si dia. Kalau tak pun kau suka "WASH EYE" sahaja. Mana pernah kau bercinta dengan lelaki lain selain dia kan? "Kau cakaplah dengan Si dia baik-baik, janganlah buat kau menunggunya seperti buah yang tak jatuh dari pokok, nanti kau juga yang rugi Elfa..." sambung Santrina lagi.

Kalau Si dia suka akan perempuan lain, biarlah dia pilih perempuan itu. Biar dia pilih perempuan itu sekarang daripada bila aku "STEADY" dengan dia nanti dia  nakkan perempuan itu pulak. Masak aku! Aku doakan dia bahagia sahaja. Berlambak lelaki di muka bumi ini, merata alam ada makhluk spesies ini.. hanya perlu berhati-hati memilih mereka, takut tersuka pada "MATAIR" orang pulak!
Minta dijauhkan daripada aku, kalau ada jodohku biarlah yang "SINGLE". Aku tak sanggup melukai hati perempuan lain! Tolonglah!

"Dah.. dah.. Banyak songeh lah kau nie Ina, yang kau dengan SI polan tu kenapa putus? Sibukkan aku dengan Si dia yang tak nyata hujung pangkal ini pulak.." "Hahaha.. Si polan tu gilalah Elfa, ada ke patut dia paksa aku jumpa dia walaupun aku sudah cakap aku ini sibuk. Tak mahulah aku lelaki paksa-paksa aku.. Tak malu betul orang lelaki zaman sekarang ni.." Alahai.. sebab tu kau putus dengan Si polan tu rupanya. SI polan tu pasti setia dengan kau walaupun kau ni bukan cinta pertama dia. "Yang kau pun satu, asyik sibuk aje apasal? Kau belajar dua puluh empat jam dekat rumah eh Ina?" "Alah Elfa kau bukan tak tahu mak aku tu.. Asyik memekak aje kalau aku dapat markah cukup-cukup makan. Itulah sebabnya aku tak boleh jumpe Si polan tu selalu," jawab Santrina sambil tersengih. Lah... takut mak rupanya kau.. Haha kekek lah kau nie Ina!

"Kau tu yang patut rasa rugi lepaskan Si polan tu, dialah manusia yang paling baik hati. Sudahlah kacak pandai pulak tu. Ina.. manalah tahu dalam masa lima tahun dia dapat sarjana dalam bidang yang dia ambil itu ke... siapa tahu kan? Lagipun Ina, orang Boyan macam Si polan tu penyayang tau. Perempuan mudah melekat dan jatuh hati padanya. Kalau kau tak mahu, baik kau bagi aku nombor telefon Si polan tu.. biar aku saja jadi "STEADY GIRLFRIEND " dia," sakatku pula.

"Ngada-ngadalah kau, Elfa. Jangan cari pasal..." marah Santrina. Sayang lagi rupanya .. Ingatkan sudah tak mahu pada Si polan tu. Ina, Ina... tapi, sekurang-kurangnya Ina tahu Si polan tu sayangkan dia. Si polan tu pun tahu bahawa Ina masih sayangkan dia. Aku dengan Si dia ni macam mana? Takkan aku nak paksa Si dia tu, suruh dia mengaku yang dia sukakan aku? Lagipun Si dia pun sudah pandai memberi seribu satu alasan kepada soalan yand ditanyakan kepadanya. Isyarat hati selalu mengatakan bahawa aku tidak pernah istimewa bagi Si dia..

RAHSIA HATI ELFA' EINN -4TH CHAPTER-



NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 4- " Kau satu dalam hatiku. "

Aku memang tak punya banyak kawan lelaki yang rapat denganku selain Si dia. Di mana ada Si dia, aku pasti mahu ada bersamanya kerana sejak dua tahun lalu lagi aku sahajalah yang bersungguh-sungguh menanti cintanya. Kalau nak kata aku syiok sendiri dengan Si dia.. takkan lah dia layan aku sebaik itu. Minta tolong apa sahaja dengan Si dia, dia pasti akan usaha untuk membantu. Kalau ada "GATHERING" dengan teman-teman, Si dia pasti mendekati aku, itu sudah jadi kemestian. Tidak pernah dia pergi ke arah lain, kalau iya pun, itu pun hanya buat seketika sahaja kerana dia itu suka bergaul.

Kalau bukan cinta atau "CARE" apakah maksud hubugan ini? Adakah lelaki dalam dunia ini buat baik terhadap perempuan tanpa "rasa" apa-apa? Tentu tidak, kan? Aku dan Si dia bukan hanya sekadar kawan, malah aku juga sudah kenal ibu dan bapanya, Si dia juga sudah aku kenalkan kepada Mama. Dia juga sering "sms" aku setiap kali dia "free". Ahh.. mana mungkin seorang teruna mahu berbalas-balas "sms" seorang dara tanpa niat apa-apa dalam hatinya? Buat apa dia mengenalkan aku kepada kedua orang tuanya? Mahu kenalkan dengan keluarga paling tidak pun.. dan aku terjemahkan setiap perlakuannya dengan bahasaku sendiri; kami berdua menelusuri satu episod dalam hidup yang mana hampir seluruh manusia pasti akan mengalaminya. Sama ada ketemu penamat cerita atau tidak, itu di luar bidang kuasa manusia. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui segalanya.

Ibu Si dia juga tidak sombong, melayani aku dengan baik sekali. Kalau aku berjumpa dengannya setiap kali ada "GATHERING", Auntie Lisa akan bersembang panjang denganku. Macam-macam topik yang kami diperbualkan. Auntie Lisa kaunselor rumah tangga. Berbual dengannya menjadikan aku seorang perempuan yang dewasa. "Kau tak pernah tanya dia sendiri?" soal Santrina. "Huh? Apa?" tanyaku semula. Aku sedang leka merenung jauh ke arah luar tingkap rumahku.

"Kau tak tanya dia apa status hubungan korang berdua?" "Ina.. aku nie perempuan, takkan aku nak 'jual' harga diri aku dengan bertanyakan soalan keramat itu pada Si dia? Hoho.. never!" jawabku. Kalau benar pun aku dan Si dia "bercinta" tak perlulah aku heboh serata alam. Kalau "putus", biar putus sahaja tak ada sesiapa yang tahu. Biar tiada orang yang mengejek atau bertanya.. Eh! Kau dengan Si polan itu dah putus? Hushh.. lagi menambah luka di dada. Nanti aku juag yang tak boleh makan nasi sebab sudah kenyang makan hati. Aku sudah cukup makan, tak perlulah aku makan apabila aku rasa "stress" lagi.

RAHSIA HATI ELFA' EINN -3RD CHAPTER-



NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 3- " Tapi Elfa.. kau kan teman istimewa dia.. " tegas Santrina.

"Teman istimewa aje Ina.. teman istimewa!  Kau juga teman istimewa dia bukan? Semua teman dalam dunia ini adalah teman istimewa kita. Aku bukannya steady dia, aku bukan siapa-siapa padanya.. untuk apa aku nak sakit kepala fikir pasal Si dia? " bohongku. Aku memang tak sakit kepala tapi hatiku yang lebih sakit sebenarnya. Jauh di lubuk hati, hanya aku sahaja yang tahu apa perasaanku terhadap lelaki itu biarpun dia sudah banyak berubah, dia tidak seperti dulu. Aku rindu pada dia yang dulu, yang selalu "CARE" pasal aku. Tapi Si dia benar-benar berubah . Aku hanya bertemu dengannya sekali-sekala apatah lagi sejak dia pergi jauh seberang bandaraya utara Singapura ini.

Cakap-cakap Santrina pasal Si dia sedikit sebanyak menggoncang hatiku. Semua orang bagaikan menambah air sehingga kasihku pada Si dia jadi tawar lesih, tawar "hebeh".. tak ada rasa lagi, payau! "Cari yang lain sahaja Elfa, kau kan baik, cantik dan "HAPPY GO LUCKY".. mustahil tak ada yang sangkut dekat sekolah kau tu!" teriak Santrina. "Semuanya muka "shememek" dan perangai mereka lagi... Haiyo! Nauzubillahbizalik Ina! "ARE YOU OUT OF YOUR MIND?", aku bukan nya terdesak sangat nak cari "STEADY BOYFRIEND, I'M ONLY 18 THIS YEAR BABE.. CHILL!" kataku sambil membuat muka. 

"Kau sayang dia?" ujar Santrina. Aku terdiam apabila Santrina menanyakan soalan itu kepadaku. "Si dia sendiri tak pernah cakap dia sayangkan aku.. bagaimana aku nak sayangkan dia?" luahku dengan jujur. Sudah lama hubungan ini terjalin, kata-kata keramat itu tidak pernah diucapkan. Dahulu aku bahagia, biarpun dia tidak pernah sekali sebut kata keramat itu tapi aku tahu dia benar-benar sayangkan aku. " Habis tu selama ni?" tanya Santrina lagi. "Kawan ajelah.."balasku. Perlukah setiap rasa cinta itu diungkapkan agar orang lain bisa mengerti bahawa uda dan dara itu sedang maksyuk dipanah Arjuna? Mestikah perasaan pada seseorang itu ditransformasikan menjadi sebaris ayat agar boleh disampaikan dengan mudah? Perlukah semua itu? 

Kalau orang lain tentu tidak "SECURE" tanpa sebarang kata cinta tapi aku dengan Si dia berbeza. Kami tidak perlukan semua itu kerana hubungan ini terjalin atas dasar percaya. Selagi kami mempercayai satu sama lain, selagi itulah cinta ini tetap tersemat dalam hati tanpa perlu diterjemahkan. Seluruh ayat-ayat cinta itu aku laguku dalam hati lalu mata bertemu mata, hati kami sama-sama bernyanyi. Sungguh! Si dia memang tidak pernah meluahkan apa yang dia rasa tentang kami namun gaya tubuhnya menyakin aku dia juga menyimpan hasrat yang sama.

"Aku tahu Elfa'einn, dia memang cintakan kau. Kau hanya perlu yakin pada dirimu. Jangan biarkan ruang-ruang lompang dalam hatimu diisi dengan hasutan-hasutan jahat yang sedang cemburu! " ujarku dalam hati. " Langsung tak ada cakap sayang-sayang? i love you, you love me? tak ada? " soal Santrina dengan matanya yang dibesarkan. Macam tak puas hati. "Tak pernah.." jawabku perlahan. Santrina tercengang sekejap. Dia tentu pelik, mesti dia fikir selama aku rapat sama Si dia, aku pasti akan saling berbalas ucapan cinta dan sayang. Sumpah aku tidak berbohong! 


RAHSIA HATI ELFA' EINN -2ND CHAPTER-



NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 2- " Kenapa kau tidak sedar bahawa sebenarnya aku yang sungguh menyintaimu berada betul-betul di hadapan mu.. Kenapa?? "

Aku sering mengelamun apabila keluar bersama Santrina sahabat karibku, aku seperti tidak boleh focus apabila aku belajar di sekolah. Ini bukan gila bayang tetapi ini ialah sebenarnya-benarnya apa yang terjadi padaku setelah dia berjauhan denganku. Santrina selalu membebel apabila aku tidak melayan karenah dia yang kecoh itu. Haiz... langsung hilang "MOOD" aku untuk bersembang kosong,"HAVING FUN" dan juga lain-lain lagi. Sudah beberapa kali aku dihadapkan dengan kes yang serupa, tidak lain dan tidak bukan: Si dia "IGNORE" aku.. Hmm.. mungkin bukan dia  sengaja memperlakukannya, tetapi "WHO KNOWS" dia sebenarnya cuba menjauhkan dirinya daripada aku. Si dia pun sama, bukannya mahu membalas "sms" aku. Sejak kebelakangan ini dia selalu memberi alasan apabila aku mengajaknya keluar, aku terpaksa menebalkan muka apabila aku menghubunginya. Malu sungguh!

Kalau nak dikatakan aku ini serba kekurangan, YA benar. Aku akui bahawa aku ini memang tidak sempurna. Aku hanya sekadar gadis biasa yang terikat dengan batas-batas budaya Melayu, apatah lagi dengan asuhan ibu bapaku yang boleh tahan ilmu agamanya menjadikan aku seorang perempuan yang ada banyak larangan. Perempuan lain boleh sarung apa sahaja di badan mereka. Ibu bapa mereka tak kisah kalau mereka memakai baju tanpa lengan ataupun juga bising kalau mereka pulang lewat malam. Berbeza sekali dengan aku, bajuku semua harus labuh dan gedoboh kerana aku sendiri tidak suka kepada baju yang menampakkan bentuk badanku. Mama sentiasa membelikan aku baju-baju yang besar untuk aku memakainya. 

Hmph.. Cemburu pula aku melihat gadis lain mendekatinya dengan gedik dan manja. Seperti mahu muntah darah apabila sepasang mata ini melihat si dia bersama gadis lain berdua-duaan. Aku pun tidak pernah mendaratkan apa-apa anggota badanku kepada si dia. Mungkin dulu, tetapi sejak aku berjilbab aku membataskan diriku untuk bersentuhan dengannya. Mama selalu pesan, apabila nafsu sudah mula diberi tapak, nanti dia akan menjadi raja. Mama selalu berkias mengingatkan aku tentang perkara itu. Betul kata Mama tu. Kadang-kadang syaitan sentiasa menghasut.. rapatkanlah diri kau dengan si dia, biar nampak "LOVING" sikit. Tipulah kalau aku kata tak pegang tu memang tak ada kerana aku akur dengan batas-batas hubungan ini, "SAVE THE BEST FOR THE LAST".

"Hmm.. lantak dialah nak keluar dengan siapa yang dia mahu Ina, bukan urusan aku. Lagipun si dia bukan kekasih aku yang aku perlu khuatir. Aku bukan siapa-siapa padanya," beritahuku pada Santrina untuk ke sekian kalinya. Aku malu hendak mengaku yang aku ini teman istimewanya. Keadaan menjadi petunjuk bahawa aku tidak lagi istimewa di matanya. Sering sahaja terbit alasan yang mengundang kami untuk berjauhan.


Sunday, January 23, 2011

RAHSIA HATI ELFA' EINN -1ST CHAPTER-




NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 1- " Lupakanlah dia Elfa'einn, lupakanlah dia.. sudah berapa lama kau menunggunya!..."

SEBAHAGIAN HATIKU berseru begitu manakah sebahagian hatiku lagi mempertahankan cintaku kepadanya. Melupakan si dia merupakan suatu perkara yang amat mustahil bagiku kerana dia sudah sebati dengan diriku sejak dua tahun yang lalu. Ya, dialah yang aku maksudkan sebagai kenangan terindah yang pernah aku alami sepanjang zaman remajaku. Dia juga cinta monyetku dan juga kekasih gelapku, walaupun "ONE-SIDED LOVED" aku ini boleh juga diibaratkan kekasih gelapnya atau apa sahaja perkataan yang semaksud dengannya.

Suatu ketika dahulu, usikan teman-teman selalu buat aku seperti bermimpi.. betapa indahnya "percintaan itu" padaku. Itulah panahan arjuna daripada si dia.. cinta rahsia yang aku pendam dalam hati selama dua tahun. Indahnya waktu itu. Namun segalanya jauh berubah kini, bila dia jauh aku selalu rindu tapi bila dia dekat aku terpaksa berlakon kerana takut rahsiaku terbongkar. Dia jauh nun disana, dipisahkan denganku oleh bandaraya yang sibuk. Aku pula di sini sedang ditimbuni kerja-kerja sekolah yang sangat memenatkan. Jadual hidup kami sudah berubah. Kami tidak punya banyak masa untuk bersama. Bila jumpa.. aku hanya mampu menunjuk wajah yang riang kepadanya walaupun sebaliknya di lubuk hatiku menyimpan sebuah rahsia. Rahsia cintaku kepadanya. Lantaran hubungan kami mula berenggang..

Tapi kenapa rasa sayang tak pernah berkurang, langsung tidak terusik? Kadang-kadang aku sendiri tidak faham kenapa aku masih lagi menunggunya.. Aku masih sudi berbual dengannya berjam-jam di telefon dan juga "sms". Inilah yang dikatakan derita tapi bahagia.. benarkah itu?

Mungkin kerana kiblatku hanya satu dalam soal ini dan aku sangat pasti dengan logik dan fitrah ini: Si dia, aku dan sesiapa jua di muka bumi ini bukanlah manusia sempurna. Dia ada kelemahan namun dia  juga diberi kelebihan. Begitu juga aku. Aku cuba menjadi orang yang bertoleransi dengan apa jua keadaan, aku masih mahu jadi perempuan baik-baik.. aku juga tahu bahawa kalau jodoh tidak ke mana. Dan atas dasar itu, aku masih lagi Elfa'einn yang setia, yang berpegang kepada janjiku dahulu... tetapi siapalah aku untuk memaksa cinta ini, "go steady with him?" atau  biarkan cinta ini pupus begitu sahaja bila waktu berlalu.. aku sendiri tak tahu..

Aku bukan perigi cari timba. Aku masih tebal dengan rasa malu. Aku perempuan Melayu yang ada harga diri, aku tak mahu terhegeh-hegeh menagih kasih andai dia sudah tak sudi. Dan kalaupun dia benar, si dia tidak pernah mempunyai perasaan cinta kepadaku, biarlah dia sahaja yang memberi kata putus kepada berhubungan kita ini. Dia yang memulakan dengan menunjukkan betapa dia "CARE" kepadaku. Jadi biar dia sahaja yang letak noktahnya.