NOVEL TITLE: Rahsia hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia
Cerita ini ditulis buat SI DIA.. Duniaku mungkin tidak indah tanpa kamu.. Waktu bahagia, waktu duka.. Aku garap jadi cerita :)
-PROLOG- " Sekali air sungai melimpah.. Sekali pasirnya pun berubah..."
SEMUA ORANG pasti pernah disinggahi suatu rasa yang nyaman, indah, penuh warna ceria seolah-olah dunia ini seakan terapung dan manusia di dalamnya sedang melayang-layang. Kalau tidak disinggahi rasa sebegitu, pasti ada yang merasainya dengan debar, gemuruh, tak tentu arah dan tak kurang juga rasa marah. Rasa apakah itu sehingga mampu membuat manusia jadi sebegitu? Gagal periksa...atau dilamun cinta? Hanya cinta sahaja yang bisa membuat manusia merasai segalanya di atas. Begitu juga aku, Elfa'einn yang setia. Ya! Aku perempuan yang setia mencintai dia... kerana...
Dia cintaku yang pertama. Cinta yang terindah di zaman remaja ku. Ia jadi indah kerana cinta itu cinta yang tidak pernah diucapkan. Apabila terpandang si dia, hanya mata sahaja yang berkata-kata meluahkan rasa tersimpul. Tiada bahasa paling indah yang dapat menterjemahkan apa yang sedang bercambah dalam hati kerana ia cinta rahsia dua jiwa. Ya benar.. cerita cinta ini indah kerana ia rahsia. Rahsia kami berdua.
Aku selalu mengingatkan diriku dengan pepatah Inggeris yang satu ini; "SAVE THE BEST FOR THE LAST", lalu segala rasa sengsara yang kami lewati sepanjang "percintaan" itu laksana perisa dalam cerita cinta ini. Sengsara tapi indah, sakit tapi bahagia. Itulah ajaibnya cinta, dalam sengsara manusia masih mampu kecap bahagia. Biarpun dia sudah berubah tetapi aku di sini masih setia. Aku setia kerana aku berpegang kepada janji kepada dia yang aku akan menjaganya. Aku masih menunggunya walaupun ia hanya boleh diibaratkan seperti pepatah bahasa Inggeris; "ONE-SIDED LOVE". Dia sering mengatakan, terima kasih kepdaku kerana selalu ada untuknya jikalau dia perlukan bantuan. Tetapi sebenarnya aku tidak perlukan semua kata-kata itu. "Aku cuma perlu kau..", ujarku dalam hati.
Biarpun hati ini semakin terdera, aku berusaha untuk terus teguh dengan janjiku. Santrina sahabat karibku, kata kenapa aku tidak berterus terang sama si dia dan mengatakan aku bodoh kerana masih setia sedangkan si dia tidak pernah mengungkap kata-kata cinta terhadapku. Tapi aku tetap aku, tidak mudah termakan dengan kata-kata orang. Biarlah... bodoh pun bodohlah asalkan aku tidak hitamkan hatiku dengan bersangka yang bukan-bukan. Bersabarlah biarpun sabar itu tidak lagi setebal dahulu. Namun aku masih percaya, sabarku ibarat "ICEBERG", runcing di atas tetapi masih gagah di bawah. Cuma satu yang aku bimbangkan, sementara dunia semakin membahang, aku khuatir "ICEBERG" ini nanti hanyut ke laut selatan. Gelora sudah mula melanda, sedikit demi sedikit haluan mula berubah tanpa aku sedari. Aku tak mahu dingin seperti "TITANIC" yang berkubur sepi di lantai Atlantik. Aku masih mahu hangatkan semula cinta ini, tetapi apalah dayaku jika jiwanya tidak sudi.
Isyarat jiwa kini tidak senada lantas aku tidak tahu irama apa yang sedang bergendang dalam hatiku. Benar, dia bukan seperti yang aku kenal dua tahun lalu, kini kita lebih akrab.. Degupan jantungku akan selalu berdegup kencang apabila dia berhadapan denganku. Aku sendiri tidak mengerti kenapa dan mengapa aku rasa sebegitu. Aku sering rindu pada dia yang "SOFT SPOKEN", "SWEET TALKER", "EASY GOING" dan "CARING". Aku tidak pernah jelak melihat dirinya dari jauh. Namun semua ini aku pendam sahaja kerana aku sangat mengasihi dia. Berpuluh kali aku khabarkan pada hati, semua ini sekadar ujian terhadap keutuhan cintaku kepadanya. Dia mahu aku jadi kuat, dia mahu aku jadi tabah.
Arghhhhh! Elfa'einn kau mesti tabah. TERIMA SAHAJA APA YANG DATANG!