Monday, January 24, 2011

RAHSIA HATI ELFA' EINN -4TH CHAPTER-



NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 4- " Kau satu dalam hatiku. "

Aku memang tak punya banyak kawan lelaki yang rapat denganku selain Si dia. Di mana ada Si dia, aku pasti mahu ada bersamanya kerana sejak dua tahun lalu lagi aku sahajalah yang bersungguh-sungguh menanti cintanya. Kalau nak kata aku syiok sendiri dengan Si dia.. takkan lah dia layan aku sebaik itu. Minta tolong apa sahaja dengan Si dia, dia pasti akan usaha untuk membantu. Kalau ada "GATHERING" dengan teman-teman, Si dia pasti mendekati aku, itu sudah jadi kemestian. Tidak pernah dia pergi ke arah lain, kalau iya pun, itu pun hanya buat seketika sahaja kerana dia itu suka bergaul.

Kalau bukan cinta atau "CARE" apakah maksud hubugan ini? Adakah lelaki dalam dunia ini buat baik terhadap perempuan tanpa "rasa" apa-apa? Tentu tidak, kan? Aku dan Si dia bukan hanya sekadar kawan, malah aku juga sudah kenal ibu dan bapanya, Si dia juga sudah aku kenalkan kepada Mama. Dia juga sering "sms" aku setiap kali dia "free". Ahh.. mana mungkin seorang teruna mahu berbalas-balas "sms" seorang dara tanpa niat apa-apa dalam hatinya? Buat apa dia mengenalkan aku kepada kedua orang tuanya? Mahu kenalkan dengan keluarga paling tidak pun.. dan aku terjemahkan setiap perlakuannya dengan bahasaku sendiri; kami berdua menelusuri satu episod dalam hidup yang mana hampir seluruh manusia pasti akan mengalaminya. Sama ada ketemu penamat cerita atau tidak, itu di luar bidang kuasa manusia. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui segalanya.

Ibu Si dia juga tidak sombong, melayani aku dengan baik sekali. Kalau aku berjumpa dengannya setiap kali ada "GATHERING", Auntie Lisa akan bersembang panjang denganku. Macam-macam topik yang kami diperbualkan. Auntie Lisa kaunselor rumah tangga. Berbual dengannya menjadikan aku seorang perempuan yang dewasa. "Kau tak pernah tanya dia sendiri?" soal Santrina. "Huh? Apa?" tanyaku semula. Aku sedang leka merenung jauh ke arah luar tingkap rumahku.

"Kau tak tanya dia apa status hubungan korang berdua?" "Ina.. aku nie perempuan, takkan aku nak 'jual' harga diri aku dengan bertanyakan soalan keramat itu pada Si dia? Hoho.. never!" jawabku. Kalau benar pun aku dan Si dia "bercinta" tak perlulah aku heboh serata alam. Kalau "putus", biar putus sahaja tak ada sesiapa yang tahu. Biar tiada orang yang mengejek atau bertanya.. Eh! Kau dengan Si polan itu dah putus? Hushh.. lagi menambah luka di dada. Nanti aku juag yang tak boleh makan nasi sebab sudah kenyang makan hati. Aku sudah cukup makan, tak perlulah aku makan apabila aku rasa "stress" lagi.

No comments:

Post a Comment