Tuesday, January 25, 2011

RAHSIA HATI ELFA' EINN -6TH CHAPTER-

NOVEL TITLE: Rahsia Hati Elfa'einn
AUTHOR: EllyAmythia



-CHAPTER 6- "Tak ku sangka, tak ku duga " 

Hampir satu bulan-tiga belas hari aku tidak bertemu samanya. Hmm.. Bagaimana agaknya rupanya sekarang ya? Kali terakhir aku berjumpa samanya ialah waktu aku menghantarnya untuk menjalani perkhidmatan negara. Rindu sungguh aku kepadanya. Aku sebenarnya sayang pada Si dia tetapi kadang-kadang perasaanku selalu bercampur aduk. Aku selesa bersamanya dan kami sudah seperti adik beradik. Memang pun aku panggil Si dia "Bro". Aku hanya berani mengaku yang aku sayangkan Si dia sebagai seorang abang sahaja. Pada pendapat aku kalau dia tidak sukakan aku pun, aku tak kisah kerana aku tidak perlukan semua itu. Aku cuma mahu akrab bersamanya. Haizzz.... Duniawi ini tidak seindah yang disangkakan. Aku mengelamun terus ditenggelami malam yang gelap-gelita ini.

"Kringggg..kringggg..." Tiba-tiba bunyi deringan telefon bimbitku. Hairan. Siapalah yang telefon aku malam-malam buta ini. Aku terus bangkit dari katil dan bergegas ke tempat aku meletakkan beg sekolahku lalu mengeluarkan telefon bimbitku yang masih berdering itu. Mataku seperti tidak percaya apa yang terpampang di SCREEN" telefon bimbitku, aku tersenyum lalu mengangkatnya. "Hello.. E'innnnn! I miss you like crazy Bro!," jeritku apabila aku dapat panggilan daripada Si dia. "Aww...I miss all of you too!" jawabnya dengan tenang. "Miss you all? Alah.. aku ingatkan dia miss aku aje," bisikku dalam hati. "Haha..kita semua miss you Bro.. So macam mana makanan dekat sana? ok? Training?" tanyaku selamba. "Alhamdullilah, semuanya ok-oklah. Taklah teruk sangat," jawabnya. "Oh.. syukurlah kalau macam gitu. Eh bro, cakap-cakap kenapa you call i? You free ke? Bukannya you dekat dalam camp?" tanyaku hairan. "Oh.. sebenarnya i tengah free, dah lights out pun.. eh jom conference dengan Ina sekali?" ujarnya dengan penuh semangat. Dengan tidak membuang masa lagi, aku pun mengirimkan "sms" kepada Santrina supaya dia boleh menghubungiku.

Hmmm... lega rasanya dapat berbual dengan Si dia semula, sepertinya terubat rinduku kepadanya apabila aku mendengar suaranya. Merdu, manis... ohhh.. sungguh "PERFECT" sekali. Potong steam sahaja apabila dia mahu "CONFERENCE" dengan Ina sekali. Sementara menunggu Santrina menelefonku, kami berbual-bual kosong sahaja. Macam-macam karenahnya, hingga boleh membuatku ketawa besar. Beberapa minit kemudian Santrina pun menelefonku, bertambah kecoh lagilah apabila "THE TRIO SIBLINGS" disatukan. Berdekah-dekah kami ketawa apabila Si dia menceritakan pengalaman perkhidmatan negaranya. Perbualan kami diteruskan dengan penuh rasa riang dan ceria.

Hampir dua jam kami bersembang di telefon, tanganku sudah mula lenguh dan mataku sudah kuyu lalu berair kerana rasa ngantuk yang teramat sekali. Berat rasa hati untuk meletakkan telefon sekarang tapi apalah daya kerana secara kebetulan Si dia pun harus meletakkan telefon sebab keesokkan harinya dia perlu bangun awal untuk latihan. Santrina dan aku juga harus bangun awal untuk berangkat ke sekolah. Jadi kami terpaksalah berpisah lagi buat sementara waktu, Si dia sudah berjanji bahawa kalau dia ada masa lapang dia akan hubungi kami lagi. Hmmm entah dia tepati janjinya ke tidak itu nanti.. Tetapi walau apa pun aku tetap rasa bahagia dan gembira sangat-sangat sampai tiada kata-kata yang boleh menjelaskan kebahagian itu..

No comments:

Post a Comment